ALMATY, 8 Jun — Apple, Google dan Microsoft berhasrat untuk meningkatkan kehadiran mereka di Kazakhstan, kata Kazakh Invest dalam kenyataan akhbar.
Pengumuman itu dibuat semasa persidangan pelaburan dengan syarikat-syarikat Amerika di Astana yang dipengerusikan oleh Menteri Ekonomi Negara Kazakhstan Alibek Kuantyrov.
“Wakil Google menyatakan minat syarikat untuk meluaskan kerjasama dengan Kazakhstan selepas meninggalkan pasaran Rusia, kerana Google kini memfokus semula pada pasaran Kazakhstan.
“Microsoft merancang untuk mewujudkan hab berbilang wilayah di Kazakhstan untuk meliputi negara Asia Tengah, Azerbaijan, Armenia, Georgia, Mongolia dan Pakistan.
“Microsoft juga merancang untuk menganjurkan kursus latihan untuk pakar IT, yang akan membolehkan Kazakhstan meningkatkan eksport digitalnya,” kata kenyataan akhbar itu. INTERFAX