ADDIS ABABA – Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dan 29 yang lain cedera dalam kemalangan jalan raya di utara Ethiopia pada Khamis, pihak berkuasa tempatan mengesahkan.
Kemalangan berlaku apabila bas itu hilang kawalan dan terbalik di daerah Dawunt di wilayah Amhara, menyebabkan 25 orang terkorban, kata pejabat komunikasi Zon Wello Utara dalam satu kenyataan.
Kemalangan itu menyebabkan 14 orang parah dan 15 lagi cedera ringan. Pegawai tempatan berkata mangsa yang cedera kini menerima rawatan perubatan di fasiliti kesihatan berdekatan.
XINHUA