KABUL – Kira-kira 340 pengantin lelaki dan perempuan melangsungkan perkahwinan pada majlis besar-besaran di wilayah Samangan, utara Afghanistan, lapor media tempatan Tolonews pada Isnin.
Majlis itu dijayakan menerusi sokongan kewangan individu-individu mewah, dengan setiap pasangan baru berkahwin menerima peralatan rumah bernilai sekitar 1,360 dolar AS, kata sumber itu.
Pengangguran, krisis ekonomi, kos mas kahwin mahal dan hadiah mahal sering memaksa golongan muda menunggu selama bertahun-tahun untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka di negara miskin itu.
Dalam acara yang sama, 42 pasangan meraikan perkahwinan mereka semasa majlis perkahwinan beramai-ramai di Kabul, ibu negara Afghanistan, pada Khamis.
Kerajaan sementara Afghanistan menggesa orang ramai untuk menahan diri daripada tradisi perkahwinan boros dan mengelakkan perbelanjaan tidak perlu untuk majlis perkahwinan.
XINHUA