1 terbunuh, 6 cedera dalam pertempuran di wilayah berbahasa Inggeris Cameroon

YAOUNDE — Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan enam lagi cedera pada petang Khamis dalam pertempuran antara tentera kerajaan dan pemisah di wilayah barat laut Cameroon yang berbahasa Inggeris dilanda perang, seorang pegawai tentera memberitahu Xinhua.

Berbalas tembakan berlaku di kawasan kejiranan Bamenda, pekan utama di wilayah itu ketika tentera kerajaan menangkis cubaan penyusupan pemisah, menurut pegawai itu yang tidak mahu namanya disiarkan.

“Mereka menyerang sebuah pos tentera di Ntabessi. Pasukan berani kami melawan dan melepaskan tembakan. Ketika itu peluru sesat membunuh seorang awam dan mencederakan enam yang lain. Tentera kami mengejar mereka ke tempat persembunyian mereka,” kata pegawai itu.

Pemberontakan pemisah telah berlaku di dua wilayah anglophone (penutur bahasa Inggeris) Cameroon di Barat Laut dan Barat Daya sejak 2017. Pemisah bersenjata cuba untuk memisahkan diri daripada Cameroon yang kebanyakannya berbahasa Perancis dan mewujudkan sebuah negara merdeka di wilayah tersebut.

XINHUA